Archive for February, 2010

Panduan Ternakan Ayam Kampong secara kecil kecilan.

 PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

  • Telur dan daging untuk makanan keluarga
  • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
  •  

  •  KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
  •  SISTEM PERUMAHAN

  • Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
  • 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
  • kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
  • gunakan peralatan makan/minum yang murah.
  •  PEMAKANAN AYAM

    Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain.
  •  PENGURUSAN

    Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

  • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu.
  •  

  • Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
  • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  • Boleh dilepaskan pada siang hari
  • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  • Sediakan sarang bertelur
  • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram.
  •  

  •  PEMBIAKAN
  • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
  • KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT :

    Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan
  • Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
  • Program Pencegahan penyakit

  • Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “
  •  

      Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain
  •  Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

    Galeri Ayam Kampung

    ayam054.jpg
    Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.

    ayam055.jpg
    Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)

    ayam56.jpg
    Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas

    ayam051.jpg
    Anak ayam yang berumur 1 bulan

    ayam052.jpg
    Anak ayam yang berumur 3 hari

    ayam053.jpg
    Anak ayam diletakkan dibawah pemanas

    ayampdrk1.jpg
    Ayam yang berumur 2 bulan

     

    Apa itu EM (Probiotik EM Effective microorganism )

    EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
    Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.

    EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

     

    EM dalam tasik, kolam, air pancuran dan akuarium.

    Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.
    Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.
    Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM(probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM(probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik(sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.
    EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.

    Ciri Ciri Kambing Boer

    Beberapa tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita.
    Boer FB Buck

     

    CIRI_CIRI khusus untuk kambing jantan Boer terbaik adalah terbahagi kepada beberapa sudut :-

    Leher pejantan perlu besar dan panjang. ini memberi jumlah daging yg banyak. jantan yg memiliki leher yg sebegini amat senang membesar jika nutrien nya cukup dan ketinggian nya menolongnya untuk kawin dengan lebih aggresive. Kaki serta bahagian depan badannya perlu lebih tinggi dari dari bahagian belakang. ini penting untuk memanjat dan mengawan Kambing betina tersebut. senang untuk melaraskan alat jantinanya dan kena tepat pada alat jantina si betina. Badan jantan perlu panjang, tidak lurus serta mesti ada curve pada pinggulnya yg sedikit menaik dari bahagian tengah badan. curve di bahagian pinggul itu perlu bulat jika dilihat dari sisi dan juga belakang kambing. perut tidak terlalu besar dan tidak bulat. ini satu ciri yg penting. pinggul yg sebegini memberikan lebih daging dan bahagian belakang ini mempunyai nilai yg tinggi jika kita jual on special cut. Perut yg besar serta bulat tidak mempunyai nilai2 komersial yg tinggi pasal tiada daging. cuma jumlah najis yg menurunkan peratus karkas.
    Zakar kambing perlu juga di teliti. Bila kambing ni tergeliat atau beriadah, seringkali zakar nya keluar, pada masa nih, perhatikan cara zakar itu keluar dan masuk, pilih jantan yg zakarnya keluar straight dah agak lurus. maksudnya yg smooth jer kuar masuknya. jangan malu2 untuk intai2 si jantan ni. Ni penting untuk poket kita di masa depan. testicles atau telur nya juga perlu di perati, di raba dan di nilai. pilih yg telurnya besar, rapat pada badan..tidak lanjut, saiz kanan dan kiri sama serta berbentuk bulat curve di bawahnya. tiada benjolan jika diraba serta tidak ada luka dan kudis. ini penting untuk penghasilan sperma berkualiti serta banyak dan dapat di pancutkan dengan baik dalam vagina si betina.Paha kambing jantan tu perlu besar, lebar dan menampak kan yg dia ada daging. jangan pilih yg ala ala nak berdaging jer. tu biasanya kurang potensi bila kita gemuk kan.Cara jantan tu jalan pulak kita kena tengok juga. Perhatikan step dia, pilih yg tegap jalan nya yg.macho jalannya, mendada dan kepala asik mendongak. jenis ni cepat sket bereaksi bila ada betina ngurat. yg jenis tunduk pulak ganas bila buat “kerja” tapi lembab sket bab ayat betina. Dan yg paling penting, gunakan baka jantan boer yg fullblood dan mempunyai latar belakang penternak asal yg di ketahui. senang nanati nak refer atau nak buat analisa.

    Boer FB Does

    Untuk menilai kambing boer betina ni sebenarnya memang agak sukar dan perlu di teliti secara pengamatan fizikal secara langsung, maknanya kena citer benda ni depan kambing tersebut. Tip- tip untuk mengenali nya ada tetapi secara jujur, tak ramai yang tau mengaplikasikannya. Cuma org boleh berbicara bedasarkan teori sahaja dan apabila berhadapan dengan kambing boer, tidak boleh judge crosses ke berapa kambing tersebut. masalah yg lazim terjadi di sebabkan kambing boer cross ni berkepala coklat walaupun dari crosess F2 , F3, F4 hingga ke Fullblood. jadi susah nak ikut guidelines colour conformity dari South Africa nih..kalau based kepala coklat ni banyak lah org buleh cakap dia punya fullblood. Sedangkan, warna kepala adalah tidak berapa penting berbanding pyhisical apperances yg lain. Ada fullblood hitam dan fullblood boer yg berwarna putih atau savannah. Cara yg paling tepat nak tau crosses ke berapa nih ialah kita kena menguji darah nya berdasarkan struktur DNA serta profile nya. masalah nya kita takde lab and lab sumer kat gomen so kira tak berapa praktikal lah. even kat australia pun dia orang tak gemar sgt benda2 nih.

    Cara yg boleh diguna pakai adalah bedasarkan pemerhatian beberapa karakter fizikal nya termasuk body score dan keadaan kambing tersebut. banyak rujukan yang boleh dibaca cuma secara jujur, susah nak apply. benda ni kena learn through experience… tu penting
    Biasanya, anda cari fulblood yang cantik dan buat sebagai benchmark. maknanya, ambik boer crosses dan compare dengan fullblood betina nih. kalau lebih mirip pada fullblood doe dia punya apperance maka tinggi jugalah darah boer dalam peratusan darahnya. Roman nose, neck, body length, horn dan standing posture tu antara ciri2 yg buleh di jadikan tauladan nak buat comparison. Biasa nya ciri2 yg dekat dengan fullblood mewakili F5 keatas
    yg sedang2 sket F4 dan lebih dekat ngan feral punya karakter adalah F3 dan yang mcm feral adalah F2. Bagi meamatan saya, to be fair, always look at the appearance kambing tersebut. Boer is a meat goat, so body should be round and fat. kaki kurus and perut besar jgn ambik. tinggi sgt badan nya pun fault juga. leher shed should be long and wide. and yg paling penting berat nya lebih tapi umurnya kurang…

    Feral
    Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya keseluruh dunia, termasok Malaysia.

    Boer F1
    Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

    Boer F2

    Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.

    Boer F3

    Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
    sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

    Boer F4

    Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

    Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir
    sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka.

    Daging Kambing – Baik untuk Kesihatan

    Di kalangan masyarakat kita, tanggapan bahawa daging kambing tidak baik untuk kesihatan sudah mula diterap dalam minda sejak dahulu lagi. Ekoran daripada tanggapan ini, ramai yang tidak berfikir panjang untuk menolak apa jua hidangan daging kambing. Namun persoalannya sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut?

    Ramai daripada kita tidak tahu bahawa 63% daripada daging merah yang digunakan setiap hari sebenarnya adalah daging kambing. Malah, permintaan terhadapnya adalah tinggi di merata tempat termasuklah dinegara-negara Barat, Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean.

    DiMalaysia, bagaimanapun permintaan terhadap daging kambing tidaklah setinggi mana. Ia berikutan dua faktor iaitu pengguna tidak tahu di mana hendak mendapatkan daging kambing. Kebanyakkan pasaraya hanya menjual daging kambing biri-biri (mutton atau lamb)

    Faktor kedua adalah tanggapan salah bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi yang membahayakan jantung. Ternyata tanggapan ini tidak benar sama sekali apabila ia berpunca daripada salah faham mengenai daging kambing biasa dan daging kambing biri-biri. Mungkin setelah mengetahui sendiri perbezaan dan frasa yang digunakan dalam melabelkan kambing dan kambing biri-biri secara tidak langsung mampu mengubah persepsi anda mengenai salah tanggapan ini.

    PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI
    Kambing (Goat)
    - ekornya menegak keatas.
    - biasanya diternak bagi mendapatkan hasil daging dan susu.
    - daging kambing biasa dikenali sebagai ‘chevon’.
    - daging bagi anak kambing dikenali sebagai ‘cabrito’ atau ‘capretto’.
    - dagingnya rendah lemak dan rendah kolesterol.

    Kambing biri-biri (Sheep)
    - ekornya jatuh kebawah.
    - diternak bagi mendapatkan bulunya.
    - daging bagi kambing biri-biri dewasa dikenali sebagai ‘mutton’.
    - daging bagi anak kambing biri-biri dikenali sebagai ‘lamb’.
    - dagingnya mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.

    KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING
    Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitikberatkan soal kesihatan. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:

    - baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
    - ia kaya dengan protein dan ratio lemak sihat.
    - mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah.
    - kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam.
    - tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.

    Persediaan Asas Memulakan Ternakan kambing

    Saya kategorikan penternak kambing kepada 2, iaitu:

    1. Penternak sambilan
    2. Penternak komersil

    Penternak Sambilan

    Sekiranya anda hanya bercadang untuk membela antara 20-30 ekor kambing sahaja, anda dikira penternak sambilan. Penternakan sambilan hanya berbaloi (‘viable’) sekiranya anda tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk binaan kandang, yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda juga harus memastikan yang anda boleh mendapatkan sumber makanan kambing di persekitaran kandang anda dengan percuma dan mampu menguruskan dengan sendiri atau bantuan saudara/kawan-kawan tanpa perlu membayar upah yang tetap (iaitu tiada sebarang komitmen ‘overhead’). Kewujudan padang ragut di persekitaran kandang anda akan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda mendapatkan bekalan makanan (rumput, daun-daun dll). Di samping itu, ternakan anda dapat memakan pelbagai jenis tumbuhan yang berlainan.

    Terdapat banyak sumber makanan kambing di kampung yang sememangnya tumbuh secara semulajadi atau meliar seperti rumput ragut, pokok petai belalang dan pokok balik angin. Sekiranya anda tinggal di kawasan ladang sawit, maka anda bertuah kerana daun sawit sangat disukai oleh kambing dan mempunyai khasiat yang tinggi.
    Pokok petai belalang yang biasa tumbuh secara liar mempunyai khasiat tinggi dan menjadi makanan kegemaran kambing

    Pokok balik angin juga biasanya tumbuh meliar, daunnya juga berkhasiat dan digemari oleh kambing.
    Bagi penternak sambilan, adalah dinasihatkan supaya membela baka kambing yang bermutu tinggi seperti Boer gred F4 ke atas atau Jamnapari Peranakan Ettawa dengan menggunakan pejantan tulen (Fullblood). Baka berkualiti tinggi dapat memberi hasil pulangan yang baik kerana anak-anak dapat dijual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh, anak kambing Jamnapari atau Boer tulen berusia 3-4 bulan dapat dijual dengan harga antara RM500 – RM600 seekor, manakala anak kacukan bergred rendah mungkin hanya bernlai sekitar RM200 seekor. Sekiranya anda tidak mempunyai kuantiti, and harus mempunyai kualiti, barulah projek penternakan anda menjadi berbaloi.

    Penternak komersil

    Sekiranya anda bercadang untuk memulakan penternakan kambing secara komersil, anda semestinya memerlukan tanah yang luas. Ingat! Projek penternakan kambing anda akan hanya ‘viable’ sekiranya anda berjaya mengurangkan kos pemakanan. Rumput merupakan makanan utama kambing, dan anda harus mempunyai sumber rumput Napier di kawasan berdekatan yang mencukupi. Ingat!!!! Kurangkan kebergantungan kepada palet sebagai sumber makanan kambing anda kerana kosnya yang tinggi, dan harganya pula semakin hari semakin melambung.

    Kami cadangkan keluasan tanah sekurang-kurangya 3 ekar, tetapi keluasan yang ‘ideal’ adalah sekurang-kurangnya 10 ekar. 1 ekar digunakan untuk binaan kandang, rumah pekerja, stor dsb. 3-4 ekar diperlukan untuk padang ragut. Selebihnya digunakan untuk menanam rumput Napier bagi tujuan dipotong. Sekiranya anda bercadang untuk membuat penternakan komersil berskala besar, dengan bilangan induk ribuan ekor, anda harus mendapatkan tanah dengan keluasan melebihi 30 ekar.

    Langkah terawal yang perlu dilakukan, sebelum membina kandang dan membeli baka kambing, adalah menanam rumput Napier Taiwan. Sekiranya tanah sesuai, dengan baja dan tahap kelembapan secukupnya, benih yang baru ditanam akan mengambil masa antara 2-3 bulan untuk tumbuh dan membesar secukupnya sebelum boleh dipotong. Pembajaan dan pengairan adalah sangat mustahak bagi membolehkan rumput tumbuh dengan subur dan membesar dengan pantas.

    Setelah itu, anda perlu memastikan padang ragut ditumbuhi pelbagai jenis rumput dan tumbuhan yang sesuai seperti rumput ‘guinea’, dsb.

    Jam
    Carian
    Tarikh
    February 2010
    M T W T F S S
        Mar »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    Komen paling hangat
    1. No commentators.
    Jumlah Pengunjung setia
    Pelawat
    Borak dengan rakan rakan

    ShoutMix chat widget
    Rakan Okid dan Anggerik