Archive for March, 2010

Cara mudah menanam cili di rumah

Thursday, March 11th, 2010

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.

  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
  • Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.

Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.

  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

PENYEDIAAN ANAK BENIH


Semaian anak benih cili

  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.
  • Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.
  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
  • Ubah anak benih ke ladang 3 – 4 minggu selepas disemai .
  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

  • Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.
  • sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudia, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  • Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.

PENJAGAAN

  • Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.
  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
  • Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.

TUAIAN HASIL


Tuaian hasil cili merah

  • Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.

Cara sihat hidup rasulullah

Wednesday, March 10th, 2010

Sempena dengan maulidur rasul, mari kita lihat dan tidak salah rasanya untuk kita cuba mengamalkan cara hidup yang sihat diamalkan oleh Rasulullah. Mencontohi nabi juga bukan sahaja secara sedikit-sedikit, ada yang dicontohi dan ada yang tidak. Paling banyak diguna pakai ialah bab perkahwinan, sering kali kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh. Tapi bila bab lain, tak ikut pun.

Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan.

1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Sumber : Ustz Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro 26 Februari 2010)

Tips Kesihatan

Tuesday, March 2nd, 2010

Tips Kesihatan 1

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu  mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan  sakit perut atau keracunan makanan….

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.

Tips Kesihatan 2

KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ºC.

Tips Kesihatan 3

KEPENTINGAN AIR BERALKALI

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.

Tips Kesihatan 4

SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,

Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Tips Kesihatan 5

Memilih Makanan Yang Sihat

Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula.  Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.