Archive for August, 2010
Ternakan ketam Nipah
Ketam nipah yang juga dikenali ketam batu oleh penduduk tempatan dari spesies Scylla serrata di mana ditemui habitat asal di muara, kuala sungai dan pesisiran pantai.
Ketam ini mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya dari kegiatan separa kultur. Berat purata ketam yang telah matang antara 250 gm hingga 400 gm dengan lebar karapasnya antara 10 – 15 cm. ketam ini dapat membesar sehingga karapasnya mencapai 20cm iaitu dengan berat badan melebihi 1kg. ketam betina yang telah matang mempunyai ovari yang menjadi makanan mewah.
Kajian membuktikan bahawa ketam yang dipelihara di dalam kolam boleh membesar boleh mencapai saiz pasaran (10 cm -15 cm lebar karapas) dalam masa 7 – 8 bulan, manakala lebih kurang 2 juta telur dihasilkan oleh seekor ketam betina yang matang dan selalunya betelur lebih daripada sekali setiap musim.
Manakala dari segi permakanan untuk ternakan ketam, penggunaan ikan baja antara yang paling sesuai untuk memenuhi diet permakanan ketam di mana sebanyak 5% – 6% daripada berat badannya diberikan setiap hari. Ini menunjukkan peternakan ketam mempunyai potensi untuk dimajukan oleh peternak yang terlibat di dalam aktiviti peternakan air payau.
Sumber: Jabatan Perikanan, Malaysia
Susu kambing meningkatkan tumbesaran.
Susu kambing merupakan pilihan makanan terbaik bagi membantu meningkatkan tumbesaran badan manusia kerana ia mempunyai khasiat dan kualiti yang hampir sama dengan susu manusia.
Susu ini juga boleh membantu manusia untuk menjaga kesihatan kulit dan pembinaan sel-sel darah dalam badan di samping dapat membantu memulihkan masalah tenaga batin.
Sup ketam vs Denggi
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, rasa pahit pada lidah, sakit di belakang bebola mata, lemah dan tidak bermaya, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever) dan gatal-gatal.
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
PENAWAR
Secara saintifik tiada ubat atau vaksin untuk demam denggi. Namun kita perlu percaya setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati. Jadi, saya menyarankan kepada sesiapa yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti demam ini untuk mencuba sup ketam. Ianya terbukti berkesan dan amat cepat kesannya. Selepas sahaja memakan isi ketam, lidah pesakit akan kembali normal (tidak pahit), menyebabkan pesakit kembali berselera untuk makan. Teruskan terapi (makan dan hirup sup ketam) ini untuk beberapa hidangan, hasilnya amat menakjubkan sekali. Disamping itu pastikan pesakit banyak minum air masak serta diselang-seli dengan air isotonic (contoh: 100plus), kerana ia juga akan kembalikan air dalam badan dan menutralkan toksik dalam darah.
Jika pesakit dalam rawatan di hospital, dah tentu berbotol-botol air akan dimasukkan ke dalam badan, disamping ubat untuk kawalan dan bukan ubat untuk denggi. Jadi, bagi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital pun disarankan untuk mengambil hidangan sup ketam ini.
Tak dapat nak jelaskan disini secara saintifiknya macam mana sup ketam ini boleh menjadi penawar kepada denggi, kerana saya bukan doktor atau ahli sains, sekadar pengendali radio amatur….namun ianya telah dicuba dan terbukti.
Panduan pemakanan untuk kesihatan
Panduan pemakanan
Makanlah berjenis makanan dari setiap kumpulan mengikut kuantiti yang disarankan. Nikmati Iebih makanan jenis kekacang dan bijiran.
Amalkan 2-3 sajian sayur-sayuran, ulam ulaman dan 2-3 sajian buah-buahan setiap hari.
Kurangkan masakan berlemak dan berminyak; Banyakkan masakan berebus dan berkukus.
Amalkan sajian kurang masin dan kurang manis.
Anak damit mendapat pemakanan yang terbaik dari susu ibu. Nikmati pemakanan seimbang disamping bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Pilih jenis makanan berikut
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, galian dan serabut yang mana adalah penting untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit.
Sayur-sayuran
Makan dengan banyak, sekurang-kurangnya semangkuk atau lebih pada waktu makan tengahhari/malam.
Buah-buahan
Makan 2-3 jenis setiap hari (bersema kulit jika dapat dimakan)
Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
Nasi dan bijiran
Makanan ini mengandungi vitamin, galian, serabut dan tenaga. Makanlah dengan sederhana setiap hari tapi elok memilih makanan yang banyak mengandungi serabut seperti beras merah, roti dan biskut mil penuh, amping bijiran dan ubi.
Ikan, daging dan hasil tenusu
Makanan ini mengandungi zat protein ianya penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Ikan, ayam, daging, kacang pis, kacang dahl, kacang soya makan satu hidangan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Telur dan hasil tenusu: 2-3 kali dalam seminggu.
Susu : Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak sebaik baiknya meminum 3 gelas sehari. Kanak-kanak hendaklah minum 2 gelas setiap hari.
Lemak, garam dan gula
Bahan-bahan ini menambahkan kelazatan di dalam makanan tetapi gunakan sedikit sahaja dalam makanan dan minuman.
Ingat selalu
1) Jangan meninggalkan sarapan pagi setiap hari.
2) Elakkan makanan ringan dan jika awda berkeinginan makan, pilih buah-buahan segar atau minuman tanpa gula.
3) Kurangkan garam, kicap atau sambal dalam masakan.
Jika berat badan anda berlebihan
Selain daripada mengamalkan cara permakanan sihat, awda perlu:
1) Elakkan gula, manisan, oren campur, minuman bergas dan kuih-muih.
2) Kurangkan makanan berlemak, berminyak atau bergoreng
3) Hadkan penggunaan mentega/marjerin.
4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5) Kurangkan memakan nasi, roti atau bijiran. Pilih jenis mil penuh.
6) Mengamalkan bersenam setiap hari.
Tapai Ubi di katakan boleh mencegah Kanser?
JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.
Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.
Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.
Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.



