Archive for September, 2010
Belimbing Tanah
Nama Botani : Tacca Cristata
Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Famili : Taccaceae
Pengenalan : Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.
Khasiat dan Kegunaan : Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.
khasiat belimbing buloh.
Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
Selamat Hari Malaysia.
16 SEPTEMBER: SAMA-SAMALAH KITA HAYATI HARI ULANGTAHUN PENUBUHAN MALAYSIA. GABUNGAN MANTAP SEMENANJUNG TANAH MELAYU, SABAH & SARAWAK. MAKA TERBENTUKLAH SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR.
Jika 31 Ogos tarikh merdeka.16 September adalah tarikh penyatuan dan kesatuan kita untuk menjadi sebuah negara lebih besar.
Asas Pembinaan Kolam
Dalam merancang pembinaan sebuah kolam tanah khususnya ikan air tawar ramai penternak tidak mendapat maklumat yang betul, keliru dan kadang kala bersifat tamak. Ini antara faktor menyebabkan fenomena kolam terbiar. Beberapa perkara asas berkenaan kolam haruslah diketahui oleh penternak dalam merancang pembinaannya.

Jenis tanah yang sesuai adalah faktor utama dalam pembinaan kolam tanah
Antaranya
Kesesuaian tanah
Mempunyai daya takungan. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amat penting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadi pilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanah terbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar.
Sumber air
Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan. Air sungai dan sumber air bawah tanah antara bekalan air yang biasa digunakan. Sumber air bawah tanah sekurang² perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yang tidak berapa ‘mesra’ dengan ternakan. Air sungai dengan sistem pengaliran yang sesuai merupakan sumber air lebih ekonomi berbanding air bawah tanah.
Kegunaan air berbeza mengikut spesis ternakan diusahakan. Ada spesis ternakan yang memerlukan air yang banyak bagi menampung keperluan oksigen dan keseimbangan air. Namun terdapat sistem sokongan seperti blower dan paddle wheel bagi mengatasi masalah ini.
Rekabentuk kolam
Sebuah kolam haruslah berkonsep seperti sebuah sungai, di mana terdapat aliran air masuk dan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistem pengurusan sebuah kolam ternakan, ramai penternak tidak mendapat maklumat betul mengenai perkara ini.
Ketiadaan saluran air keluar bagi sesebuah kolam ternakan antara kesilapan utama semasa pembinaan kolam ternakan oleh perternak. Pertambahan kos bagi mengering sebuah kolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak.
Rekabentuk dasar sebuah kolam memainkan peranan penting dalam pengurusan sebuah kolam tanah. Dasar kolam yang rata dan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya semasa proses menuai hasil ternakan.
Bagi kolam yang luas, ruang jalan ladang perlu disediakan di atas tebing kolam bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaian hasil ternakan.
Lokasi
Seperti bidang perniagaan, pembinaan kolam ternakan ditentukan oleh faktor penting iaitu lokasi. Elakkan kolam dibina di kawasan yang dilanda banjir , kebanyakan tanah yang sesuai bagi pembinaan kolam ternakan kebiasaannya terletak di kawasan yang ditengelami banjir seperti tanah rendah dan tepi sungai. Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu sekarang memburukkan lagi keadaan.
Jenis tanah yang sesuai, sumber air dan rekabentuk kolam serta keluasan kolam adalah gabungan faktor lokasi. Tidak semuanya tanah sesuai untuk dibina kolam contoh, sekiranya terdapat tanah yang sesuai untuk pembinaan kolam namun sumber air terhad adalah halangan utama.
Kemudahan asas
Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaan kolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.






