Archive for the ‘Info terkini’ Category
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Walau apa pun yang terjadi sepanjang 2011 dalam hidup anda semua, tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk anda tinggalkan semua itu & mulakan sesuatu yang baru dalam buku kehidupan anda.
2011 pasti satu tahun yang manis untuk kita semua, namun 2012 pasti’nya menjanjikan sesuatu yang lebih menarik & indah untuk kita tempuhi.
Terima kasih 2011 dan anda semua yang bersama kami sehingga tiba hari terakhir tahun ini atas segalanya. Tidak kami janjikan emas & permata untuk tahun 2012, namun kami janjikan yang terbaik.
Saudara, keluarga, teman ….
Masa Lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah hadiah.
Dan Masa Depan adalah harapan.
Mari kita songsong Tahun Baru 2012.
Dengan penuh harap dan kebahagiaan.
Hanya hati yang terbuka yang mampu menerima Cinta
Hanya jiwa yang terbuka yang mampu menerima kebijaksanaan
Hanya tangan yang terbuka yang mampu menerima hadiah.
Namun, hanya sahabat terdekat yang menerima SMS ucapan Selamat Tahun Baru 2012 ku.
Jam 11…
waktu begitu cepat berlalu…
selamat tinggal 2011….
Selamat datang 2012…
happy new year…semoga sukses selalu…
Senja indah, kirimkan ciprat keemasan,
kirimkan pertanda keagungan, kekusaan, serta kemegahan.
Meski itu hanya sekejap,
hingga sirna ditepis malam,
pertanda esok akan tiba.
Selamat tahun baru 2012.
Semoga sukses selalu.
AwaL dr Pgi adlh MentaRi,,
Awal dr kBahagiaaN adlh Sbuah Snyuman…
N awaL dr Hidup adlh Hati yg b’seri…
Awali thun 2012 dgn DoA dan SENYUMAN
Happy New Year 2012
Petua untuk menguatkan otak kanan.
Petua untuk menguatkan otak kanan – Aik otak kanan saja? Otak kiri macamana? Nie Admin nak beritahu, Artikel ini khas untuk orang yang selalu guna otak kiri, try test otak kanan pula. Menurut informasi yang Admin baca, otak kanan ini KREATIF manakala otak kiri ANALITIK. Admin rasa admin pakai dua-dua otak seimbang, sebab Admin masa sekolah dulu memang skor Matematik dan Bahasa Melayu. Kalau tak pun lebih sedikit penggunaan otak kiri, sebab jika diberi pilihan antara 2 subjek tu Admin pilih Matematik lagi. Lagipun Admin menulis tangan kanan. Hehe.
Ok, mari kita baca petua untuk menguatkan otak kanan di bawah nie. Semoga kita dapat menggunakan fungsi otak yang dianugerah oleh Allah ini semaksimum mungkin. Rugi la kan, ada 2 otak kanan dan kiri, tapi asyik pakai otak kiri saja kurang pakai otak kanan. Banyak kelebihan otak kanan nie.
Petua untuk menguatkan otak kanan
- Banyakkan membaca dan menghayati sejarah.
- Banyakkan membaca bacaan pengetahuan umum (general knowledge). Sebaliknya cuba kurangkan bacaan majalah hiburan kerana hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlaluan dan bahan gosip berlebihan.
- Bermonolog – Muhasabah diri
- Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
- Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
- Menatap dan merenung Al-Quran (erk, bagaimana tu?).
- Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi – main dart contohnya. Hoho, Admin baru 3-4 hari mula main dart. Ermm.. bagus-bagus.
- Selalu berfikir secara kreatif – fikirkan idea baru lain dari yang lain
- Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.
- Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
- Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.
- Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.
- Bermain catur – Lama dah Admin tak main.
- Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.
- Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.
Demikian petua-petua yang boleh Anda amalkan untuk menguatkan fungsi otak kanan Anda tu. Biar neuron-neuron otak tu aktif sikit. Otak nie kena charge selalu. Apapun kena praktikkan dan amalkan selalu. Tak la kena nyanyuk bila tua nanti
Asal usul garam Bukit.
Garam Bukit ™ adalah berasal dari sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. Garam Bukit telah wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran
Kandungan Garam bukit
.100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia:hydrogen,lithium,beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium,magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur,chlride,calcium,scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum,fungsten,rhenium.Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium,radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium and plutonium.
Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, “Water & Salt, The Essence of Life” oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.
Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .
Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai ” Raja Garam atau emas putih ” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai ” halite ” ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL .
Kuasa Garam Untuk Bertukar
Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .
Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole ( so-lay ) . Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita .
Garam dan Aktiviti otak
Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .
Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .
Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.
Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .
Bagaimana Garam Boleh Bertukar Menjadi Sodium Klorida ?
Dengan kewujudan perkembangan industri , garam asli telah mengalami pembersihan kimia dan berkurang menjadi kombinasi sodium dan klorida . Mineral penting dan jejak unsurnya telah dibuang menjadi tidak asli lagi. Walau bagaimana pun sodium klorida adalah tidak asli, terasing dan bahan kurang menyihatkan dan tiada persamaan dengan garam .
Sama dengan gula putih bertapis , garam suatu ketika dahulu dianggap emas putih ,telah bertukar menjadi racun putih ! Walau bagaimanapun , ada sebab penting terakhir dibiarkan bersama dengan unsur-unsur asli lain yang ditemui dalam badan kita . Sodium klorida adalah bahan yang bersifat agresif iaitu bio-kimia, dimana sentiasa mencari persamaan setara untuk menghasilkan kesannya.
Persamaan semulajadi seperti potassium, kalsium magnesium , dan mineral lain serta jejak unsur , menunjukkan dari segi sudut biofizikal , corak frekuensi tertentu. Corak ini menentukan corak struktur geometri dalam badan kita . Apabila struktur ini hilang kita adalah tanpa tenaga dan tidak hidup. Garam tidak sepatutnya digunakan sebagai penambah perisa dalam makanan , tetapi kerana corak vibrasinya yang sama seperti tubuh kita !
Emas Putih Kepada Racun Putih
Sebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita . Mengapa begitu??? Ini kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida .
Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari ” laut dahulukala ” dimana semua hidupan bermula.
Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.
Bagaimana Garam Membebankan Tubuh kita
Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.
Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan.
Akibat Penggunaan Garam Biasa.
Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu.
Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .
Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) . Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.
Perbandingan Struktur Kristal Garam
Apa yang dapat Penglihatan 100x Mikroskopik beritahu kita tentang Garam Kristal?
Struktur jalinan kristal pada garam Kristal
Struktur kristal yang seimbang menunjukkan jalinan yang baik, tiada bayangan atau bahagian kasar. Kristal tidak terpisah dari jejak unsur mineral ( 84 ) tetapi saling bersambung dalam keadaan sekata . Ini memberitahu kita bahawa kandungan tenaga dalam bentuk mineral adalah seimbang dan mudah diproses oleh badan kita.Kristal ini penuh dengan kehidupan . Kalau diambil sebagai makanan ia akan memberi kesan tenaga mutlak pada badan . Hasilnya memberi keuntungan kepada badan dan tidak kehilangan tenaga .
Struktur jalinan kristal garam biasa
Kristal yang bukan asli kelihatan betul-betul terpisah antara satu sama lain dan kelihatan mati. Bagi memproses kristal ini , badan harus mengorbankan sejumlah tenaga dengan begitu banyaknya untuk hasil yang kurang . Kesannya adalah kehilangan tenaga dan tiada pertambahan tenaga. Garam yang ada dalam badan kita kelihatan sama dengan apa yang kita lihat dalam gambar ini terpisah dan mati .
Struktur jalinan Kristal Garam laut
Struktur kristal ini tidak mengikut susunan terpisah dan tidak bersambung dengan unsur semulajadi yang ada disekelilingnya. Disebabkan ini , badan tidak dapat menyerap mineral sepenuhnya, walau banyak manapun kandungan mineral yang ada , kecuali badan terpaksa menggunakan tenaga yang besar untuk menggiatkannya. Penghasilannya adalah kecil malah kehilangan tenaga lebih besar dari itu.
Kesimpulan :
Kajian ini membuktikan betapa eloknya kepentingan dan pembentukan garam Himalaya. Ia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menghidupkan tenaga dalam badan dan sistem saraf kita .
Garam biasa tidak menunjukkan struktur kristal yang bergetar tetapi adalah kristal yang mati secara eksklusif. Sebagai makanan ia adalah tidak berguna kalau bukan pun racun yang membinasakan. ( Sebab itu doktor suruh kita kurangkan garam semasa berdiet) .
Garam laut berada diantara keduanya . Ia menunjukkan struktur tetapi , kristalnya terpisah dari unsur penting. Oleh itu , penyerapan ion koloid adalah bukan satu jaminan untuk membina tenaga .
Kekurangan Tenaga = Penyakit
Tenaga Mencukupi = Kesihatan
Daripada analisa ini dapat kita lihat sekarang betapa pentingnya menambah tenaga kepada tubuh berbanding membiarkan dicuri atau menghabiskan tenaga secara tidak langsung. Tenaga bertambah membawa kesihatan dan keperluan manakala tenaga berkurangan membawa kepada penyakit . Jawapannya mudah sekali !
Garam,Kurma,Kismis dan Madu.
Khasiat yang Ada Pada Garam, Kurma, Kismis Dan Madu
Khasiat Yang Ada Pada Garam, Kurma, Kismis Dan Madu
Garam mestilah dicicip sebelum menjamah makanan lain. Saidina Ali ( telah berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menyuruhnya memulakan menjamah makanan dengan garam dan menyudahkannya juga dengan garam. Ini adalah kerana Allah (s.w.t) telah menjadikan garam itu penyembuh untuk tujuh puluh jenis penyakit. Termasuk kedalam tujuh puluh jenis penyakit itu ialah sawan, sakit gigi, gila dan penyakit dalam usus. Yang lainnya tersimpan dalam ilmu Allah Yang Maha Luas.
(Nota: Sebaiknya gunalah Garam Bukit elakan dari gunakan garam biasa.)
Ada juga petua dari seorang rakan. Beliau mengalami batuk-batuk dan gatal tekak beliau pergi berjumpa doktor satelah seminggu mangambil ubat batuk beliau tidak juga sembuh di minggu kedua beliau berjumpa lagi seorang doktor tidak juga sembuh pada minggu ketiga beliau berjumpa dengan seorang rakan kenalan beliau yang juga seorang doktor. Doktor tersebut menyaran begini… untuk menghilangkan sakit tekak atau batuk-batuk. Semasa hendak pergi tidur letakan sedikit garam kedalam mulut biarkannya larut bersama air liur dan terus tidur….Insya Allah dalam masa tiga hari tekak anda tiada rasa gatal-gatal dan batuk anda akan hilang. Selamat mencuba.
KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”. “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Abu Abdillah bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”. Imam Ja’far Ash-Shadiq bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”. “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Imam Ali bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”. “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”. “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”. “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”. Dari Imam Ali beliau bersabda: “Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”. Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter)
Maal Hijrah 2011.
Alhamdulillah, tahun ini kita akan mengakhiri tahun baru (takwim Islam) sempena tahun baru maal hijrah 1433 Masihi. Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.
Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna.
Marilah kita meraikannya.
Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada hari ahad 27 November 2011 , lokasi sama seperti tahun lepas iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Tema Tahun ini.
Tema sambutan maal hijrah 1433 ialah ` Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ dan dijangka akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Doa akhir tahun dan awal tahun.
Sebelum hari Ahad 27 November 2011, pada Sabtu petang, 26 November 2011 ( 30 Zulhijjah 1432H) kita digalakkan membaca doa akhir tahun,lebih kurang pukul 6 petang dah stanby dekat masjid /surau. Manakala selepas solat maghrib elok membaca doa awal tahun dan seterusnya bacaan Yassin dan doa selamat.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
- Melapangkan masa / belanja anak isteri - fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin - fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
- Menahan marah - fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat - fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim - fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
- Bersedekah - fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri - fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat - fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu (lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala).
- Bercelak - fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali - fadhilat: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
- Sembahyang sunat empat rakaat - fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. (lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)
- Membaca ”has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru” - fadhilat : Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk
- Menjamu orang berbuka puasa – Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Berpuasa - Niat : “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala” - fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Ahad, 27 Nov : Petang)
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Ahad,27 Nov: selepas Maghrib)
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.









