Archive for the ‘Kambing’ Category

Perbezaan Kambing Dengan Biri Biri

PERBEZAAN KAMBING & BIRI BIRI (BEBIRI)

Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama.

Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai mamak jangan sampai kita tertipu. Pada kebiasaannya di kedai mamak “nasi beriani kambing” adalah sebenarnya “nasi beriani bebiri” daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam.

Tetapi harga “nasi beriani kononnya beriani daging kambing” ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan “lamb chop”, pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau “lamb” tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat “lamb chop” tentulah pelanggan bertuah.

Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia.

Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya:

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian).

Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul.

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput.

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas.

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan).

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, “Woolsheep” (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan “Hairsheep” (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus.

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi.

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza:
- Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon.
- Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto.
- Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton.
- Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb.

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan.

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah “bodoh domba” adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya.

Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.

Maklumat Pertanian – Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Model Kandang Kambing.

Penyakit Kambing – Penyakit Puru.

2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan. Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir. Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari. kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak

Kaedah Rawatan :-

  • Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
  • Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
  • Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
  • Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
  • Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin.

Kenali penyakit Kambing.

Memiliki ternakan kambing yang sihat dan cergas bukan sahaja menjadi impian semua penternak malahan setiap pelanggan akan turut sama untuk memilih kambing yang sihat untuk dibeli samada untuk dijadikan santapan keluarga terutamanya apabila kenduri kendara, aqiqah, korban dan untuk dijadikan baka.

Oleh yang demikian, mengenali penyakit kambing adalah mustahak bagi setiap usahawan ternak agar ianya dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada menimpa kambing mereka.

1. Cirit-birit (Diarrhoea)
Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis). Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Kaedah Rawatan :-

  • Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.
  • Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
  • Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
  • Amalkan sistem ragutan bergilir

Jam
Carian
Tarikh
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Komen paling hangat
  1. No commentators.
Jumlah Pengunjung setia
Pelawat
Borak dengan rakan rakan

ShoutMix chat widget
Rakan Okid dan Anggerik