Archive for the ‘kursus dan ilmu’ Category

Kenali Garam Bukit

GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.

Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya.

Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Fakta
- Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
- Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
- Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
- Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
- Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
- Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).
- Bersifat pengalir yang efisien
- Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
- Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
- Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

Pengentahuan – Garam Bukit untuk kesihatan.

Apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.

KEBAIKAN GARAM BUKIT:
- menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
- melancarkan darah
- menyuburkan kesihatan ternakan
- membunuh kuman dalam udara

Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

KETAHUI RAHSIA MAKANAN TERNAKAN YANG BERKUALITI TINGGI
Tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan-lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyebabkan kewujudan garam bukit ini, tak kira samada di kawasan berdekatan laut/paras laut atau kawasan tanah tinggi. oleh sebab garam termampat ini mengumpulkan pelbagai unsur purbakala didalamnya, maka garam bukit menjadi garam yang tinggi kandungan mineral, sempurna dan memiliki semua zat galian yang baik untuk kehidupan.
nama saintifik garam bukit adalah halite, dan kandungannya adalah seperti garam biasa, yakni natrium klorida (NaCl). beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur surihan/mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh dan ternakan. ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum(CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Garam bukit terbentuk daripada pengewapan laut purba yang menjadi gunung-ganang seperti laut mediterranean dan lautan atlantik.
HIRA’

Garam bukit ini, yang juga dipanggil hira’ tuhan berikan kepada negara kita juga, ianya wujud di kawasan yang sangat tua kewujudannya iaitu di daerah lenggong, perak. Lenggong, perak disahkan oleh para saintis tempatan sebagai daerah yang terpisah dengan kawasan gunung krakatoa di sumatera yang merupakan antara kawasan terawal wujud dalam peradaban manusia. dikawasan ini juga dijumpai manusia purbakala ‘perakman’, pelbagai tumbuhan eksotik seperti rafflesia dan pokok aji serta tanah pamah yang subur.

Kelebihan Garam

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Kebaikan Garam Bukit

• Mempunyai 84 jeis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
• Mengimbangkan tekanan darah.
• Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
• Menguatkan struktur tulang (kalsium).
• Kardiovaskular.
• Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
• Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
• Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
• Menganjalkan saluran darah
• Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
• Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
• Melaraskan kelancaran sistem saraf
• Membantu pembaharuan semula sel-sel
• Membantu pergerakan otot-otot usus
• Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
• Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
• Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
• Membantu menguatkan tenaga batin
DLL… INSYAALLAH.. jika digunakan secara berterusan dan anda dinasihatkan untuk tidak mencampurkan garam bukit dengan garam biasa

sekadar ilmu

KHASIAT BUAH KURMA.

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah
Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang
terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

KHASIAT BUAH KURMA

Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah
kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka
dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air
itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat
meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Jam
Carian
Tarikh
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Komen paling hangat
  1. No commentators.
Jumlah Pengunjung setia
Pelawat
Borak dengan rakan rakan

ShoutMix chat widget
Rakan Okid dan Anggerik