Archive for the ‘Lawatan’ Category

Lawatan Pelajar dan guru dari sek sg Tong,setiu,Trengganu.

Serami 40 pelajar di samping 2 guru pengiring dari sekolah Menengah Sg Tong,Setiu,Trengganu sudi melawat projek Ternakan udang marin di Tenglu Laut,wlaupun pelajar dan guru ini kepenatan dalam perjalanan ke Johor dari Setiu tapi wajah raut masing masih ceria dan bertenaga untuk mendengar taklimat En Ridzaludin Bin Abd.Wahid ,Pengurus besar PPK Mersing.

Lawatan ke Kolam Udang Marin PPK

Kembara Mahkota 2011 di Pekan Jemaluang,Mersing.

Siri jelajah Kembara Mahkota Johor 2011 (KMJ) akan berlangsung selama empat hari mulai 18 Jun depan, bermula dan berakhir di Muar.

Kembara yang akan merentasi jarak sejauh 797 kilometer meliputi 10 daerah itu akan menggunakan tiga jenis kenderaan, iaitu motosikal berkuasa besar, pacuan empat roda dan bot.
Dalam siri jelajah kali ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan disertai permaisuri, Raja Zarith Sofeah Sultan Idris; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; kerabat diraja serta 40 ketua-ketua jabatan diiringi 30 motosikal berkuasa besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil, berkata sepanjang KMJ 2011, Sultan Ibrahim akan menyertai program amal, gotong-royong dan program bersama rakyat.

Selari dengan tema KMJ 2011 “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama”, 20,000 anak pokok teduhan akan diberikan kepada setiap daerah di negeri ini untuk ditanam.

Katanya, anak pokok itu akan ditanam secara serentak di semua daerah kecuali di Jemaluang, Mersing, yang akan ditanam sendiri oleh Sultan Ibrahim pada hari kedua KMJ.

Majlis perasmian kembara yang memasuki edisi ke-14 itu disempurnakan oleh Sultan Ibrahim di pekarangan Istana Tanjung yang turut dihadiri oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Acara menjadi lebih meriah sebaik sahaja Sultan Ibrahim tiba di Kampung Jorak dengan peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh baginda untuk beramah mesra dengan rakyat jelata selain menghidupkan lagi pelbagai aktiviti sempena KMJ 2011.

KMJ 2011 yang disertai oleh 30 motosikal berkuasa tinggi serta 40 kenderaan pacuan empat roda itu bermalam di daerah Kluang sebelum meneruskan perjalanan esok ke daerah Kota Tinggi.

Program tahun ini melakar sejarah dengan jelajah sejauh 727 kilometer di seluruh 10 daerah di negeri ini bakal berlangsung empat hari tiga malam bermula hari ini hingga 21 Jun ini.

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, betujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya, raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh.Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat.Pihak istana juga tidak terlepas  dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan,gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuansebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunya beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, betujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Jam
Carian
Tarikh
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Komen paling hangat
  1. No commentators.
Jumlah Pengunjung setia
Pelawat
Borak dengan rakan rakan

ShoutMix chat widget
Rakan Okid dan Anggerik