Archive for the ‘Petua’ Category
Ilmu Kesihatan dalam kitab suci al quran.
Dalam Kitab Suci Al-Quran lengkap dengan segala ilmu, apa yang ingin saya kongsikan bersama ialah ilmu kesihatan, Antaranya :-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari.. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahaw a enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Alhamdulilah semoga kita dirahmati Allah S.W.T, Amin
Kelebihan Cuka Nipah.
Pelbagai jenis makanan dan rawatan yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, untuk kebaikan umatnya.Antaranya berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba.
Kelebihan sayur sayuran.
Biasanya dalam masakan kita akan sediakan hidangan sayuran disamping lauk pauk, jika dulu kita tidak tahu apa khasiat sayur yang kita makan, cuma mak kata makan sayur ni baik, jadi kita lihat apa khasiat sayur yang biasa kita makan
Asparagus
Asparagus ni kat kampung tak pernah jumpa walaubagaimana pun ia amat berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Bunga kubis
Sayuran nampak berkhasiat tapi realitinya ia sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. biasa saya ambil untuk mengekalkan penglihatan saya, ianya elok untuk menjaga mata.
Timun
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Ia juga elok untuk melambatkan kesan penuaan dan kesan lebam pada bawah mata.
Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. jadi sediakan hidangan terung bersama daging.
Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.” (Mulut berbau)
Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil ( Halia )”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Kekacang
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Rahsia air liur basi di lelangit kita.
Pernahkah anda mendengar rahsia keajaiban air liur basi dilelangit mulut, inilah rahsia keagungan ALLAH, pada malam jumaat yang lepas11.12.2008, saya mendapat maklumat melalui rancangan Istimewa bersama Dato’ Dr. Fadillah Kamsah, beliau memberitahu beliau telah meninggalkan cermin mata hampir 2 tahun setelah mengamalkan petua mengambil air liur basi dilelangit mulut ketika bangun pagi, dan menyapukan pada kelopak mata, saya ada mencuba untuk merasai sendiri keberkesanannya, menakjubkan, saya rasa mata saya terang sangat, walaupun saya bukan berkaca mata sebelum ini, dan rasa mengantuk saya terus hilang, biasanya dengan tidur selama 3 jam sahaja setiap hari, rasa mengantuk saya susah nak hilang, tapi dengan petua ini, lain pula rasanya. Walau apa pun kita ikhtiar, hanya ALLAH yang menentukan
CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00,
anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun parsley, cuci bersih-bersih, potong kecil2, masukkan kedalam periuk, masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing, selamat mencuba, amiiiin

