Archive for the ‘Penternakan Ruminan’ Category
Ferriade – BOMAC
Ubat Ternakan – Ferriade – BOMAC
Picagari (Syringe) dan jarum (needle).
TERUMO – Pincagari (Syringe) dan Jarum (Needle)

Terramycin LA – Pfizer – Ubat Ternakan
Bagi lembu, kambing, bebiri dan rusa kadar dos suntikan 1ml adalah untuk 10kg berat badan, manakala 0.25ml untuk 1kg berat badan bagi ayam dan arnab. LA bermaksud Long Acting, iaitu Terramycin LA ini mampu bertahan di dalam darah ternakan yang telah disuntik selama 3 hingga 5 hari.
Namun bagi ternakan yang telah disuntik dengan Terramycin LA ini, adalah di larang untuk penyembelihan dagingnya selama 21 hari dan pemerahan susunya selama 7 hari. Ada juga sesetengah doktor veterinar dan penternak yang kurang gemar menggunakan Terramycin LA ini terus kerana dos antibiotiknya yang tinggi, mereka menyarankan agar penternak bermula dengan ubat antibiotik yang berdos rendah terdahulu.
Sebenarnya bermula dengan antibiotik atau ubat yang berdos tinggi tidaklah digalakkan kerana khuatir bakteria yang menyerang ternakan akan imun, oleh itu bermula dengan pemberian ubat yang berdos rendah dahulu sehinggalah ke ubat yang berdos tinggi. Sama juga dengan pemberian ubat untuk cacing, kutu dan kurap. Jika bakteria tadi telah imun dengan ubat yang berdos tinggi maka tiada cara selain mentakai atau menyembelih ternakan yang sakit tadi.
Namun pada pendapat kami jika bilangan ternakan telah melebihi 50 ekor adalah lebih baik menggunakan ubat antibiotik ini kerana kesannya yang mampu mencegah dan merawat penyakit agar ia tidak berjangkit pada ternakan yang lain dan kemampuannya bertahan di dalam darah selama 3 – 5 hari mampu menjimatkan masa & tenaga sekaligus menjimatkan kos.
Proses Membuat Silaj Napier & Jagung.

PENGENALAN
Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.
Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.
Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.
Tip mengetahui umur kambing
Tip mengetahui umur kambing
Untuk membantu anda menduga umur kambing, gunalah daftar dibawah:-
1. Belum ada gigi tetap – kurang dari 1 tahun
2. Ada sepasang gigi tetap – 1 – 2 tahun
3. Ada 2 pasang gigi tetap – 2 – 3 tahun
4. Ada 3 pasang gigi tetap – 3 – 4 tahun
5. Ada 4 pasang gigi tetap – 4 – 5 tahun
6. Gigi tetap haus – 5 tahun keatas
