Archive for the ‘Ternakan Lembu’ Category

Perbezaan susu kambing dengan susu lembu.

Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda .

Kelebihan susu lembu.
Saya di antara kita yang kurang gemar meminum susu. Tidak kiralah susu apa sekalipun. Antara alasan yang mereka berikan hanyir, loya dan berbau. Mungkin secara semulajadi selera mereka tidak boleh menerima susu ini. Kita tidak boleh juga menyalahkan mereka, namun elok juga kiranya jika kita dapat melihat kelebihan yang terdapat di dalam susu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memaksa diri apabila membacanya. Hehee..

Memang diakui susu lembu tidaklah sebaik dan sebagus susu kambing. Tetapi ia juga tidak kurang khasiatnya. Satu lagi, susu lembu juga sama sekali tidak boleh menggantikan kebaikan dan keunggulan yang dipunyai oleh susu ibu. Tiada yang sebaik susu ibu di dunia dan akhirat. Bukan sahaja memiliki segala zat yang diperlukan untuk tumbesaran tetapi juga menyalurkan naluri dan kemausiaan yang tidak ada pada apa jua susu gantian yang lain.

Setelah menyimpan itu ke dalam minda, ayuh kita baca senarai pendek kebaikan susu lembu..

Pertama. Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).

Kedua. Selain kebaikan kalsium di atas, ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS (Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.

Ketiga. Kalsium berguna dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa yang bermasalah terutama lebihan lemak di bahagian perut.

Keempat. Kewujudan kalsium di dalam susu lembu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Dengan demikian oa mampu menurunkan hormon paratiroid. Ini seterusnya akan mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.

Kelima. Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.

Keenam. Susu lembu juga mengandungi protien berkualiti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi kepentingannya bagi tubuh.

Ketujuh. Susu lembu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout (merupakan penyebab artritis).

Kelapan. Antara lain kandungan susu lembu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.

Kesembilan. Kebaikan susu lembu yang terakhir ialah ia mengandungi Vitamin B12, yang mana berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.

Nota* Harus diingat, ada sesetengah orang yang alah kepada kandungan laktosa di dalam susu lembu. Ia biasanya menyebabkan cirit birit selepas meminum susu lembu. Tapi tidaklah ramai jumlahnya..

Secara umumnya kita tahu kebaikan minum susu lembu. Selain itu, susu awal lembu bagus untuk kesihatan manusia. Di sini saya senaraikan khasiat dan kebaikan minum susu lembu:

1) Pertumbuhan Tulang - Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang juga sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Selain itu ianya dapat menguatkan tulang kita.

2) Mencegah Kanser – Susu lembu juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang menyebabkan kanser. Selain itu dapat mencegah sakit migrain.

3) Mencegah Obesiti – Kalsium yang adalah dalam susu lembu turut berguna dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Sama juga dengan orang dewasa yang mengalami masalah lebihan lemak di bahagian perut.

4) Protein Kualiti Tinggi - Susu lembu juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi dan ianya memang penting tubuh manusia.

5) Melawan penyakit Gout - Susu lembu ini juga dapat membantu dalam melawan penyakit Gout.

6) Dan Macam-macam lagi Khasiat…

Cara menternak lembu fidlot.

PENDAHULUAN
“Manual Penternakan Lembu Fidlot” ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.
Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja.
Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.
Dengan terhasilnya “Manual Penternakan Lembu Fidlot” ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang “standard”
Jam
Carian
Tarikh
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Komen paling hangat
  1. No commentators.
Jumlah Pengunjung setia
Pelawat
Borak dengan rakan rakan

ShoutMix chat widget
Rakan Okid dan Anggerik