Archive for the ‘Uncategorized’ Category

selamat hari raya.

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan dan umat Islam dimana jua anda berada. Kepada semua rakan yang jauh di perantauan tu…. memandulah secara berhemah… dan berhati-hati…….. Ingatlah tujuan pulang ke kampung. Tak perlu belumba di jalan raya. Semoga selamat sampai ke kampung halaman..

9w2rio,9w2wor dan 9w2hdn.

Untuk menceria hidup kita di pagi hari.

pemikiran yang ceria di pagi hari menjadikan keseluruhan hari kita jadi ceria,..

pemikiran yang ceria menjadikan diri sangat positif dan produktif.

bagaimana mahu bangun dengan ceria setiap hari?

pertamanya , dengan berniat untuk ceria sebelum tidur.

tidur yang dalam keadaan berwudhu’ dan berniat untuk tidur adalah tidur terbaik berbanding dengan tidur yang tidak disengajakan terutamanya jika tidur ketika menonton televisyen.

tidur begitu, tatkala otak sedang memproses apa yang ditonton sebenarnya tidur yang tidak membantu kerehatan tubuh sebaliknya sangat meletihkan dan diri boleh bangun dalam keadaan yang sangat negatif.

fikiran yang negatif pula menjadikan keseluruhan hari dilalui dengan keadaan tak tentu hala dan berserabut. emosi menjadi negatif dan diri langsung tidak produktif.

sekiranya berterusan berkeadaan begini, maka diri akan menjadi tidak bersemangat, negatif dan sel-sel tubuh menua dengan pantas.

keduanya untuk mendapatkan hari yang ceria ialah berniat atau betulkan kembali niat ketika bangun dari tidur.

setelah membaca doa kesyukuran tatkala membuka kembali mata, maka muhasabah apa yang ada dalam hati,. betulkan serta merta sekiranay apa yang ada dalam hati negatif,.. berniat kembali untuk menjadi positif dan ceria.

senyum selebarnya dan bayangkan dalam minda yang anda akan lalui hari itu dengan ceria sekali,..nampakkan dengan jelas dalam minda, yang diri anda sedang tersenyum tatkala mandi, memakai baju, bersarapan, memasuki kereta untuk ke tempat kerja, sepanjang perjalanana ke tempat kerja dan seterusnya sehinggalah habis rutin harian anda,.. bayangkan juga dalam minda anda yang anda sedang tersenyum dan rasakan dalam diri yang and rasa hebat dan ceria ketika berbual dengan pasangan dan anak-anak sebelum ke tempat kerja dan nampakkan juga dengan jelas dalam minda anda, diri anda sedang berbual atau bercakap dengan bos atau rakan sepejabat anda dan bayangkan perasaan anda rasa sangat hebat ketika itu.

hasilnya anda akan jadi sangat hebat,.. yakinlah.

ketiganya, untuk mendapatkan diri yang ceria setiap hari ialah berniat ketika sedang mandi,..nyatakan niat anda pada air dan biarkan air itu merakamkan niat anda pada seluruh tubuh tatkala tubuh disirami air.

air selain minyak zaitun adalah perakam tenaga yang sangat hebat.

semoga hari anda adalah hari yang sentiasa ceria dan hebat.

Petikan dari dari hawa ke  hawa

Kepentingan Sarapan pagi…jangan abaikan.

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:

Read the rest of this entry »

Selamat Tahun Baru Cina.

Saya sekeluarga mengucapakan Selamat Tahun Baru pada semua rakyat Malaysia yang berbangsa tionghua…

Tips mengelakan penceraian.

Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun, harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Justeru ada banyak cara yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini anda sedang berbahagia.

Read the rest of this entry »

Jam
Carian
Tarikh
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Komen paling hangat
  1. No commentators.
Jumlah Pengunjung setia
Pelawat
Borak dengan rakan rakan

ShoutMix chat widget
Rakan Okid dan Anggerik