Jus Pembakar Lemak

Korang selalu kalau pegi restoran, minuman apa yg selalu diorder?  che petua biasa air suam jer  jaga kesihatan lah katakan.. Ada juga yg suka order barli atau air limau nipis atau air soya dan atau ehh.. banyak lak pilihan nyer kan

K..lah, che petua sebenarnya nak kongsi tentang satu jus nie.. yg rasanya tak leh nak dapat kat mana-mana restoran dalam Malaysia nie, kecuali kalau korang jadi tauke restoran tu.. hehe..

So, kena buat sendiri lah jus nie, pas tu taruk dalam bekas plastik.  Bila singgah makan di mana-mana kedai boleh minta jus bakar lemak gelas kosong jer sebab jus dah ada.

Jus ni dikatakan sesuai untuk membakar kolesterol atau lemak berlebihan dalam badan.  Malah ia disarankan utk sesapa yg dah cecah usia 30an.

Jus Pembakar Lemak

Bahan-bahan:  1 biji epal  +  1/2 biji timun  + setangkai seleri  (kalau tak tahu apa itu daun seleri, cuba tengok citer Wonderpets.. kay)

O.nya senang jer; kisar semua bahan-bahan tu dalam blender dan amalkan minum setiap pagi.

Kandungan yg terdapat dalam buah epal dan seleri dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser.  Selain menurunkan kolesterol dalam badan ia juga boleh mengurangkan masalah sakit kepala.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)