kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan.

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa..”

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga

kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan

bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :

Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :

Nabi r bersabda :

Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka

berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi r bersabda :

Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan

dia (kerana puasanya)  dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim :

1153]

Nabi r bersabda :

Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka “

[HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,

Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]

Sumber: Petunjuk Puasa Nabi oleh Ustaz Fathul Bari

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung blog ini semuga diberkati dalam menjalani ibadah.

wasalam.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)