Petua untuk menguatkan otak kanan – Aik otak kanan saja? Otak kiri macamana? Nie Admin nak beritahu, Artikel ini khas untuk orang yang selalu guna otak kiri, try test otak kanan pula. Menurut informasi yang Admin baca, otak kanan ini KREATIF manakala otak kiri ANALITIK. Admin rasa admin pakai dua-dua otak seimbang, sebab Admin masa sekolah dulu memang skor Matematik dan Bahasa Melayu. Kalau tak pun lebih sedikit penggunaan otak kiri, sebab jika diberi pilihan antara 2 subjek tu Admin pilih Matematik lagi. Lagipun Admin menulis tangan kanan. Hehe.

Ok, mari kita baca petua untuk menguatkan otak kanan di bawah nie. Semoga kita dapat menggunakan fungsi otak yang dianugerah oleh Allah ini semaksimum mungkin. Rugi la kan, ada 2 otak kanan dan kiri, tapi asyik pakai otak kiri saja kurang pakai otak kanan. Banyak kelebihan otak kanan nie.

Petua untuk menguatkan otak kanan

Petua untuk menguatkan otak kanan

  1. Banyakkan membaca dan menghayati sejarah.
  2. Banyakkan membaca bacaan pengetahuan umum (general knowledge). Sebaliknya cuba kurangkan bacaan majalah hiburan kerana hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlaluan dan bahan gosip berlebihan.
  3. Bermonolog – Muhasabah diri
  4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
  5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
  6. Menatap dan merenung Al-Quran (erk, bagaimana tu?).
  7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi – main dart contohnya. Hoho, Admin baru 3-4 hari mula main dart. Ermm.. bagus-bagus.
  8. Selalu berfikir secara kreatif – fikirkan idea baru lain dari yang lain
  9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.
  10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
  11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.
  12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.
  13. Bermain catur – Lama dah Admin tak main.
  14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.
  15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.

Demikian petua-petua yang boleh Anda amalkan untuk menguatkan fungsi otak kanan Anda tu. Biar neuron-neuron otak tu aktif sikit. Otak nie kena charge selalu. Apapun kena praktikkan dan amalkan selalu. Tak la kena nyanyuk bila tua nanti

Related posts:

  1. Petua menjaga kesihatan.. Salam Sihat Sejahtera, Menjaga kesihatan diri adalah tanggung jawab setiap...
  2. Untuk menceria hidup kita di pagi hari. pemikiran yang ceria di pagi hari menjadikan keseluruhan hari...
  3. Jus Pembakar Lemak Korang selalu kalau pegi restoran, minuman apa yg selalu...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.