Tanaman Buloh Madu

BULUH adalah antara tumbuh-tumbuhan yang dicipta mempunyai 1001 guna. Sejak zaman awal kehidupan manusia, buluh digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, masyarakat kuno sebelum terciptanya peralatan logam menggunakan buluh sebagai senjata tajam seperti tombak untuk melawan musuh, selain sembilu yang tajam turut digunakan untuk memotong sesuatu seperti pisau. Bentuk fizikal buluh yang beruas dan berlubang di dalamnya turut membolehkan ia digunakan untuk memasak nasi atau lemang.

Ia juga dijadikan bahan binaan utama untuk membuat kediaman masyarakat dulu kala dan kini ia masih digunakan Orang Asli, sama ada tiang, lantai, dinding dan alang bumbung. Bagi pengangkutan pula, beberapa batang buluh yang diikat boleh dijadikan rakit oleh penduduk yang tinggal di pinggir sungai atau laut.

Rebung adalah tunas muda dari pokok buluh. Rebung tumbuh dari akar pokok buluh / bambu.

Penduduk di Malaysia mahupun di Asia biasanya memanfaatkan rebung untuk makanan. Rebung buluh madu adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada jenisnya.

Rebung memiliki kandungan, karbohidrat, protein dan 12 asam amino esensial yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan memakan rebung secara teratur merupakan satu tindakan preventif untuk mengusir berbagai jenis penyakit termasuk barah.

Buluh juga digunakan dalam sektor pembuatan kraf tangan yang kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, walaupun pada zaman moden ini menyaksikan pelbagai bahan baru dicipta.

Namun, peredaran masa, kemajuan dan perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan buluh semakin terpinggir dan di sesetengah kawasan ia agak sukar ditemui kerana pupus.

Di negara ini, buluh terdiri daripada pelbagai jenis dan ia berbeza mengikut saiz dan ketebalan mahupun warna kerana ada di antaranya yang hijau dan ada yang kuning.

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

http://1.bp.blogspot.com/_l0C4x7QzOJg/R8JOxjoSOPI/AAAAAAAAAK8/Py5feaOQlF8/S254/DSC03570.JPG

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

http://sentuhanjiwa.files.wordpress.com/2007/12/rebung.jpg

Harga rebung buluh bergantung kepada jenisnya iaitu RM5 bagi rebung jenis Buluh Betung yang belum diproses dan RM8 yang sudah diproses bagi setiap kilogram, manakala rebung Buluh Beting adalah RM3 bagi yang belum diproses dan RM5 untuk yang sudah diproses. Perusahaan rebung mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana permintaan yang banyak ekoran semakin ramai yang menggemari rebung.Kebanyakan generasi muda kini tidak mengetahui buluh sebenarnya menjadi sumber makanan penting, iaitu rebungnya atau anak buluh yang masih muda.

Rebung buluh adalah sayuran yang kaya dengan pelbagai nutrien, termasuk iaitu vitamin B, vitamin C, protein, serat dan karbohidrat.Namun buluh yang ditanam bukan jenis yang biasa ditemui di hutan, sebaliknya buluh madu yang saiznya lebih kecil dan dikatakan berasal dari Thailand. Tidak dapat dipastikan kenapa ia dipanggil buluh madu kerana rebungnya tidak berasa manis.

Ramai tak tahu rebung boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai. Selain daripada itu rebung juga boleh di buat kerepek dan juga tepung.

Buluh

  • Tergolong dalam spesies `Gramineae’ iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung dan tebu.
  • Di Malaysia taburan buluh biasanya boleh didapati di kawasan ketinggian kurang 1000 meter dari paras laut.
  • Buluh hidup subur di kawasan yang mempunyai saliran yang baik khususnya yang mempunyai keasidan pada tahap pH5.0-6.5.
  • Pokok buluh yang mengeluarkan bunga adalah tanda ia akan mati.
  • Rebung hanya diambil di bahagian yang masih lembut dan kulit arinya dibuang.
  • Rebung dijeruk menggunakan air yang dicampur garam dan tanpa bahan pengawet kerana ia boleh disimpan beberapa bulan.
  • http://3.bp.blogspot.com/_-QWApcDInrQ/SHchToDTYsI/AAAAAAAAAl8/Bh66MkwPz8Y/s320/bamboo_shoot.jpg

    Buloh Madu Penghias Taman

    Dua dalam satu.Buloh madu boleh dijadikan penghias taman disamping rebungnya boleh dibuat masakan.Kalau pokok yang cukup baja dan air rebungnya boleh dituai setiap 2 hari. Dahan bawah dan ranting kecil atau pokok yang kecil perlu dipotong supaya perdu pokok tidak kelihatan semak.Biarkan pokok yang besaiz besar antara 6 hingga 8 batang dalam satu perdu. Setiap rebung yang tumbuh kemudiannya boleh lah dipotong paras tanah. Itulah dia masa menuai. Berbaloi!

    Peneduh ditepi rumah

    Perhiasan didepan rumah

    Tanaman perimeter/ditepi pagar

    konkrit dan tong drum pun boleh digunakan

    Wednesday, May 12, 2010

    Benih Yang Baik.

    Bagaimana memilih benih yang baik untuk di semai?
    Benih buloh di ambil dari tunggul yang mempunyai akar. Untuk tentukan tunggul yang sesuai dibuat benih, tunggul tersebut perlulah betul betul tua/matang. Umor tunggul yang dikira matang lebih kurang 8 bulan. tunggul ini boleh di ambil dari tunggul pokok yang telah dipotong rebungnya atau pokok matang yang di gali dan dipotong umbinya bersama akar kemudian di potong batangnya sepanjang 2 atau 3 kaki dari paras umbi.

    Pemotongan umbi harus dibuat secara berhati hati supaya tidak tersiat kulit yang menjadi tempat keluarnya akar. Biasanya gergaji atau pahat digunakan bagi memotong tunggul tersebut. Ada kawan kawan yang menggunakan air pancut untuk mengeluarkan tanah dari akar, kemudian barulah umbi nya dipotong dan terus dipindahkan kedalam polybag. Cara ini dapat menyelamatkan akar pokok dari rosak dan menentukan benih tersebut lebih cepat tumbuh kerana mempunyai akar yang masih baik.

    Dahan dahan yang terdapat pada tunggul benih tidak boleh dipotong terlalu rapat dengan buku ruas. Potong dahan dalam jarak 3 atau 4 inci dari buku supaya dahan dahan baru atau mata tunas dapat tumbuh dari tingalan dahan yang telah dipotong tersebut (akar dan mata tunas hanya keluar dari buku ruas). Benih dari batang yang muda akan cepat kecut dan kebarangkalian hidupnya lebih rendah.

    Tanah Semaian
    Tanah yang paling sesuai adalah tanah jenis gembur (top soil) dicampur dengan baja tahi lembu dengan nisbah 1:1. Tanah campuran ini mudah menyerap air dan mengekalkan kelembaban.Dua minggu pertama adalah masa yang kritikal yang boleh menentukan semaian hidup atau mati. Tentukan tanah sentiasa lembab dengan menyiram 2 atau 3 kali sehari. Baja kompos juga sangat sesuai digunakan untuk semaian kerana kadar kelembaban nya tinggi disamping mempunyai kandungan nitrogen yang diperlukan oleh pokok buloh. Elakkan penggunaan baja kimia pada peringkat awal. Semaian diletakkan ditempat teduh dengan 50% pencahayaan.

    Penjagaan
    Jika kawasan semaian tersebut terdapat ayam atau angsa, semaian perlu dikepong dengan jaring plastik atau zink. Ayam suka mematuk atau makan mata tunas serta daun muda yang baru keluar. Jika setiap mata tunas yang keluar dirosakkan oleh ayam, anak buloh tersebut akan mati kerana tiada lagi mata tunas yang akan keluar untuk menjadi dahan dan mengeluarkan daun.

    Dengan penjagaan yang cukup, daun daun baru akan mula tumbuh dalam masa dua minggu.

    mata tunas yang telah hilang dipatuk ayam

    batang tunggul yang terlalu muda mudah kecut,kering dan mati

    tanah disekeliling pangkal ditinggikan supaya senang benih diambil kemudian hari

    Rezeki dipokok buloh

    No related posts.

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

    No Comments

    (Required)
    (Required, will not be published)