Garam,Kurma,Kismis dan Madu.

Khasiat yang Ada Pada Garam, Kurma, Kismis Dan Madu

Khasiat Yang Ada Pada Garam, Kurma, Kismis Dan Madu

Garam mestilah dicicip sebelum menjamah makanan lain. Saidina Ali ( telah berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menyuruhnya memulakan menjamah makanan dengan garam dan menyudahkannya juga dengan garam. Ini adalah kerana Allah (s.w.t) telah menjadikan garam itu penyembuh untuk tujuh puluh jenis penyakit. Termasuk kedalam tujuh puluh jenis penyakit itu ialah sawan, sakit gigi, gila dan penyakit dalam usus. Yang lainnya tersimpan dalam ilmu Allah Yang Maha Luas.

(Nota: Sebaiknya gunalah Garam Bukit elakan dari gunakan garam biasa.)

Ada juga petua dari seorang rakan. Beliau mengalami batuk-batuk dan gatal tekak beliau pergi berjumpa doktor satelah seminggu mangambil ubat batuk beliau tidak juga sembuh di minggu kedua beliau berjumpa lagi seorang doktor tidak juga sembuh pada minggu ketiga beliau berjumpa dengan seorang rakan kenalan beliau yang juga seorang doktor. Doktor tersebut menyaran begini… untuk menghilangkan sakit tekak atau batuk-batuk. Semasa hendak pergi tidur letakan sedikit garam kedalam mulut biarkannya larut bersama air liur dan terus tidur….Insya Allah dalam masa tiga hari tekak anda tiada rasa gatal-gatal dan batuk anda akan hilang. Selamat mencuba.

KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”. “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Abu Abdillah  bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”. Imam Ja’far Ash-Shadiq  bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”. “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Imam Ali  bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”. “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”. “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”. “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”. Dari Imam Ali  beliau bersabda: “Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq  beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq  beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”. Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter)

Maal Hijrah 2011.

Alhamdulillah, tahun ini kita akan mengakhiri tahun baru (takwim Islam) sempena tahun baru maal hijrah 1433 Masihi. Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.

Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna.

Marilah kita meraikannya.

Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada hari ahad  27 November 2011 , lokasi sama seperti tahun lepas  iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tema Tahun ini.

Tema sambutan maal hijrah 1433 ialah ` Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ dan dijangka akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu   Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Doa akhir tahun dan awal tahun.

Sebelum hari Ahad 27 November 2011, pada Sabtu petang, 26 November 2011 ( 30 Zulhijjah 1432H)  kita digalakkan membaca doa akhir tahun,lebih kurang pukul 6 petang dah stanby dekat masjid /surau. Manakala  selepas solat maghrib elok membaca doa awal tahun dan seterusnya bacaan Yassin dan doa selamat.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri - fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah - fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat - fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim - fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah - fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri - fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat - fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu  (lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala).
  9. Bercelak - fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali - fadhilat: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  11. Sembahyang sunat empat rakaat - fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. (lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)
  12. Membaca ”has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru” - fadhilat :  Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk
  13. Menjamu orang berbuka puasa – Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Berpuasa - Niat : “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala” - fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
(sumber: myvoiceeheart)
Banyaknya amalan sunat yang boleh kita lakukan pada Hari Asyura.. :) Mana yang berkemampuan untuk melaksanakannya.. jangan lupa 10 Muharam nanti ye!;) Doa akhir tahun dan akhir tahun juga jangan lupa korang!!

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Ahad, 27 Nov : Petang)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Ahad,27 Nov: selepas Maghrib)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Herba penawar Diabetis paling mujarab- Daun Ketuam.

(2 jenis daun ketum sebelah kanan adalah jenis yg lebih bermanfaat, pandangan sebelah bawah daun ketum dengan jalur daun berwarna merah. daun ketum sawah/ baruh adalah berwarna hijau keseluruhannya)

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknyaMitragyna speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun ketum sememangnya di akui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai. Namun khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. Sekarang ini Daun ketum lebih popular dengan isu negatif – air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan. Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan “kick” atau kepekatan yang amat tinggi.

Berdasarkan pengalaman mengurus dan mengawal penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ayah saya dapati daun ketum adalah yang paling mujarab diantara herba ubatan alternative yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat. Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan ( diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.

Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

http://ubatdiabetes.blogspot.com

Pantang Larang Bagi penghidap Kanser.

1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

11) Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

Hari Tasyriq..

Hari-hari Tashriq dalam istilah Islam adalah merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan bekenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. melontar syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua Nabi besar tersebut melakukan korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.

Dari Abi Murrah Maula (bekas budak) Umi Hani, Bahwa ia bersama Abdullah bin Amr datang kepada ayahnya Amru bin Ash, Maka disuguhkanlah kepada mereka berdua makanan. Ia (Amr bin Ash), “Makanlah”. Ia (Abdullah bin Amr) menjawab, “Aku sedang puasa”. Maka Amr bin Ash berkata, “Makanlah, karena hari ini adalah hari dimana Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam memerintahkan kita untuk berbuka (makan) dan melarang dari berpuasa pada hari ini”. Malik berkata, “(yang dimaksud) Itulah hari-hari tasyriq”

(Dishohihkan Oleh Syeikh al-Albany dalam Shohih Sunnan Abi Daud)

Hari 11, 12 dan 13 Dzulhijjah adalah Hari Tasyrik

Pada Hari ini pula Gema Takbiran masih dapat dilakukan, sebagimana hadist dari Rasulullah SAW yang menegaskan dasar perintah untuk bertakbir di hari tasyrik.

Dari Jabir ra bahwa Rasulullah SAW bertakbir pada shalat fajar hari Arafah hingga shalat Ashar di hari terakhir tasyrik (13 Zulhijjah) yaitu setelah selesai shalat maktubah . (HR. Ad-Daruquthuny)

Dalam riwayat lainnya juga disebutkan :
Adalah Rasulullah SAW bila shalat shubuh pada hari Arafah mengahdap kepada para shahabat dan berkata,”Tetaplah di tempat kalian dan ucapkan (Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar Wa lillahilhamd). Maka beliau bertakbir sejak dari pagi hari Arahaf hingga shalat Ashar di akhir hari tasyrik setiap ba;da shalat). >

Jam
Carian
Tarikh
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Komen paling hangat
  1. No commentators.
Jumlah Pengunjung setia
Pelawat
Borak dengan rakan rakan

ShoutMix chat widget
Rakan Okid dan Anggerik