Kelebihan sayur sayuran.

Biasanya dalam masakan kita akan sediakan hidangan sayuran disamping lauk pauk, jika dulu kita tidak tahu apa khasiat sayur yang kita makan, cuma mak kata makan sayur ni baik, jadi kita lihat apa khasiat sayur yang biasa kita makan

Asparagus

Asparagus ni kat kampung tak pernah jumpa walaubagaimana pun ia amat berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Bunga kubis

Sayuran nampak berkhasiat tapi realitinya ia sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. biasa saya ambil untuk mengekalkan penglihatan saya, ianya elok untuk menjaga mata.

Timun

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Ia juga elok untuk melambatkan kesan penuaan dan kesan lebam pada bawah mata.

Terung

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. jadi sediakan hidangan terung bersama daging.

Bawang putih

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.” (Mulut berbau)

Halia

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil ( Halia )”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Kekacang

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)