kelebihan Bawang Merah.

KANDUNGAN sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

B AWANG merah merupakan antara bahan wajib yang dimasukkan dalam setiap hidangan makanan kerana fungsinya sebagai ramuan masakan. Selain digunakan untuk memasak, bawang merah yang dihiris nipis dan digoreng, ditaburkan di atas pelbagai sajian yang berkuah atau bergoreng.

Tahukah anda bahawa bawang merah juga bertindak sebagai ubat dalam merawat pelbagai penyakit kronik?
Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa var aggregatum, merupakan sejenis tumbuhan dalam kumpulan Aggregatum.
Walaupun saiznya lebih kecil berbanding bawang besar, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan dalam merawat penyakit yang serius.
Kebanyakan pakar perubatan mendapati, bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Selain itu, bawang merah juga bertindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak dan menambah aliran air kencing.
Sementara itu, artikel yang ditulis oleh Dr. Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods menyatakan, kajian menunjukkan individu yang makan bawang setiap hari, dapat mengurangkan kadar kolesterol.
Tanaman bermusim ini memiliki umbi yang berlapis, berakar serabut dan daunnya berbentuk seperti silinder berongga.
Umbi bawang merah mula terbentuk dari pangkal daun kemudian bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya. Akhirnya ia akan membentuk akar yang berlapis.
Dalam proses penanaman dan kematangan bawang merah, tumbuhan ini memerlukan dua unsur penting, iaitu unsur nitrogen dan kalium.
Ini kerana unsur nitrogen akan membantu perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun dan pembentukan cabang.

Sementara itu, unsur kalium pula berfungsi untuk pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim dan meneutralkan asid organik.

Dengan adanya kedua-dua unsur ini dalam penanaman bawang merah, proses pembentukkan akar pokok berjalan dengan lancar. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang merah terganggu dan rosak.
Bawang merah yang mengeluarkan percikan yang memedihkan mata ketika dihiris, mengandungi vitamin C, potasium, serat dan asid folik. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.
Beberapa penyelidikan mengenai khasiat bawang merah mendapati, bawang merah mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoid seperti quercetin.
Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral, antialahan dan antibengkak.
Pengkaji dari India mendapati, lebih banyak kita makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka juga berpendapat, tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.
Kajian terbaru menunjukkan, bawang merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. Kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
Bukan itu sahaja, bawang merah yang berasa manis ini, mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser.
Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggi antiplatelet yang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit aterosklerotik, penyakit jantung, dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah juga dapat mengurangkan tahap gula melalui mengehadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.
“Bawang merah bukan sahaja diminati kerana melazatkan hidangan tetapi ia merupakan sejenis sayur yang begitu tinggi nilainya dalam kesihatan,” jelas Profesor Persatuan Penanaman, Universiti Wisconsin, Madison, Irwin Golman.
Dengan menikmati bawang merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20 peratus. Kandungan prostaglandin A-1nya, iaitu sejenis agen yang kuat mengurangkan tekanan.
Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)