Khasiat Bawang Puteh.

Mungkin selama ini kita tahu bahwa bawang putih hanya berguna untuk masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau vampire di film-film besutan hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya tersebut.Ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita.

A. Sekilas Tentang Bawang Putih
Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60 cm. Tanaman ini banyak ditanam di ladang-ladang di daerah pegunungan yang cukup mendapat sinar matahari. Batangnya batang semu dan berwarna hijau. Bagian bawahnya bersiung-siung, bergabung menjadi umbi besar berwarna putih. Tiap siung terbungkus kulit tipis dan kalau diiris baunya sangat tajam. Daunnya berbentuk pita (pipih memanjang), tepi rata, ujung runcing, beralur, panjang 60 cm dan lebar 1,5 cm. Berakar serabut. Bunganya berwarna putih, bertangkai panjang dan bentuknya payung.

Bawang putih telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Contohnya, ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang berjudul The Compendium of Materia Medica. Bawang putih adalah sefamili dengan bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua tumbuhan ini telah dinamasaintifikkan oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi Moden.

Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan. Contohnya dalam masyarakat Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada meninggalkan aroma yang tersendiri.

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang ‘jahat’ contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.

FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:

Meransang mukosa pencernaan

Muntah, ‘dysentery’, anoreksia nervosa

Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

Anemia

Dermatitis

Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini. Ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP BAWANG PUTIH

Setiap masyarakat mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap bawang putih. Kepercayaan ini bukan sahaja meliputi khasiatnya terhadap bidang perubatan malahan ianya juga dikaitkan dengan kepercayaan mistik, kebudayaan dan agama.

Di zaman masyarakat Mesir Purba, bawang putih dipercayai mampu mengubati penyakit cacing, masalah jantung dan sakit kepala. Perincian penggunaan bawang putih dalam masyarakat Mesir Purba tercatat di dalam satu skrol cara-cara mengubati penyakit.

Masyarakat Inggeris lama pula mempercayai bawang putih boleh menghalau hantu daripada menganggu kehidupan mereka. Oleh kerana itu mereka meletakkan rantaian bawang putih di dalan rumah mereka atau ke kawasan yang mencurigakan. Dipercayai bau dan rasa bawang putih ini amat tidak digemari oleh hantu.

Masyarakat Melayu di Malaysia turut mempunyai kepercayaan yang tersendiri terhadap bawang putih. Selain digunakan dalam masakan, bawang putih juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Bawang putih yang dicampurkan dengan minyak kelapa kebiasaannya digunakan untuk membuat minyak urut yang paling mudah. Enzim yang terdapat dalam bawang putih akan membuatkan pemakainya rasa berangin. Bawang putih juga dicampurkan dengan bahan perubatan yang lain untuk menambahkan lagi khasiatnya. Minyak gamat keluaran Hajjah Saadah Saidin dari Kedah misalnya menambahkan bawang putih dalam minyak tersebut untuk menghasilkan rasa berangin. Dalam bidang kecantikan pula, getah bawang putih dikatakan mampu mengatasi masalah tumit kaki yang pecah-pecah. Caranya begitu mudah. Beberapa biji bawang putih yang telah dikupas digosokkan ke tumit kaki yang pecah-pecah. Sekiranya diamalkan selalu ia akan melembutkan tumit kaki tersebut. Seperti masyarakat Inggeris dahulu, masyarakat Melayu juga mempunyai tanggapan tersendiri terhadap kegunaan bawang putih dalam amalan mistik.

Masyarakat Cina dikatakan amat gemar memakan bawang putih. Hampir kesemua masakan mereka dicampurkan dengan bawang putih. Penggunaan yang berlebihan dikatakan mampu membuang angin dalam badan walaupun pada dasarnya ia turut menganggu bau badan. Bawang putih dikatakan boleh memanaskan badan.

Dalam masyarakat India, bawang putih turut digunakan dalam masakan mereka . Penggunaan bawang putih mampu menambah rasa kepada daging. Bawang putih juga digunakan dalam perubatan mereka. Contoh yang paling mudah, masyarakat India mencampurkan bawang putih dalam minyak kelapa untuk dijadikan minyak urut seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan lagi tumbuhan kecil ini diakui oleh segenap bangsa akan manfaatnya. Hampir segenap unsur dalam tumbuhan ini boleh dimanfaatkan. Bukan sahaja bebawang, daun dan kulit malahan akarnya juga dipercayai mempunyai khasiat yang tersendiri.

Hampir keseluruhan masyarakat dunia menggunakan bawang putih dalam masakan. Selain rasa, aroma bawang putih yang pedas-pedas masam boleh meningkatkan kelazatan makanan. Di samping itu bawang putih dipercayai boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Contohnya, membuang angin dalam badan, sakit kepala, dan penyakit kulit. Dari segi saintifiknya bawang putih diakui melaraskan sistem pencernaan, mengurangkan kolestrol, merawat barah dan penyakit kardiovaskular.

Sesetengah masyarakat pula menggunakan bawang putih dalam kebudayaan mistik mereka. Bawang putih dikatakan boleh menghalau hantu atau anasir jahat. Ini kerana makhluk halus ini tidak mengemari bau atau aromanya yang masam-masam pedas.

22 KHASIAT BAWANG PUTIH

1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan

2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.

3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.

4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.

6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.

7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.

8. Bawang putih mengandung vitamin B.

9. Bawang putih mengandung vitamin C.

10. Bawang putih mengandung  kalsium.

11. Bawang putih mengandung potasium

12. Bawang putih mengandung  antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium

13.  Mengonsumsi 2-3 siung bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.

14.  Menyembuhkan tekanan darah tinggi

15.  Meringankan tukak lambung

16.  Menurunkan kolesterol dalam darah

17.  Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.

18.  Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh

19.  Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.

20.  Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah

21.  Menjaga stamina tubuh

22.  Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)