Tanaman Sukun.

Nama Saintifik   : Artocarpus communis
Berasal            :  Kepulauan Pasifik

Sukun didapati kaya dengan kalsium dan karbohidrat dan dapat dipelbagaikan kegunaannya seperti digoreng, dibuat biskut, kuih-muih atau pun dijadikan jem.  Memandangkan kepada kegunaannya yang banyak dan ada potensi untuk dijual maka tanaman yang telah diusahakan lebih 2000 tahun ini mula mendapat perhatian untuk diusahakan secara komersial.

Benih

Sukun dapat dibiakkan dengan cara tut ataupun dengan menggunakan matatunas.   Tunas air akar adalah bahagian yang dapat ditutkan sementara matatunas pula dicantum pada pokok penanti kulur.  Kulir seperti sukun tetapi mempunyai biji yang banyak.  Rupa dan saiz biji adalah seperti biji cempedak.

Tanah dan Keperluan Air

Sesuai ditanam diberbagai jenis tanah termasuklah tanah jenis liat, liat berpasir dan tanah gambut cetek.  Disamping itu tanaman sukun memerlukan kandungan air yang tinggi terutamanya di peringkat awal pertumbuhan, di peringkat berbunga dan pengeluaran buah untuk mendapatkan buah yang bermutu.

Sistem Tanaman

Sistem tanaman yang digunakan adalah tiga segi atau empat segi dengan jarak tanaman 9m x 9m atau 10.5m x 10.5 m .  Saiz lubang tananaman 60 cm x 60 cm x 60 cm didapati sesuai.

SISTEM PENANAMAN TIGA SEGI DAN EMPAT SEGI

Pembajaan

Syor pembajaan sukuna adalah seperti berikut:-

Umur (Tahun) Jenis baja Kadar
Kg/pokok/tahun
Menanam Organan
CIRP
GML
10
200 gm
100 gm
1
2
3
NPK Hijau
NPK Hijau
NPK Biru
0.3
0.7
1.5

Penggunaan baja dibahagian epada 6 kali setahun.

Catasan

Cantasan dijalankan mengikut keadaan seperti untuk membuang tunas-tunas air yang terlalu banyak, dahan-dahan yang mati, patah atau berpenyakit.  ‘Topping’ dibuat apabila ketinggian pokok mencapai 7.5 meter dengan tujuan untuk mengatasi kesulitan mengambil buah dan mengelak kan buah pecah apabila jatuh ke tanah.

Serangan Perosak dan Penyakit

Sehingga kini hanya ulat pengorek batang (Epepeotes luscue) sahaja didapati kerap menyerang sukun.  Kawalan yang disyorkan adalah dengan campuran 1:1 Methamidophos 48.4% w/w atau Malathion 95% w.w. dengan air disuntik ke dalam lubang yang diserang.  Tiada laporan mengenai penyakit terhadap sukun sehingga kini.

Pengeluaran Hasil

Sukun sejenis buah yang tidak bermusim iaitu berbuah sepanjang tahun.  Di Barat Laut Selangor puncak pengeluaran bunga dan buah utama berlaku dua kali setahun iaitu Februari/Mac dan Julai/Ogos (musim bunga) dan April/Mei serta Oktober/November (musim memungut hasil).   Pengeluaran buah pertama bermula apabila pokok berumur 2 tahun selepas ditanam.  Anggaran pengelauran hasil/ha/tahun adalah seperti berikut:-

Umur (Tahun) Hasil
Bil/Buah/Pokok
Jumlah Hasil
(kg/Ha)
1
2
3
4
5
6
-
-
40
60
80
100
-
-
7,200
10,800
14,400
18,000

Nota:   Hasil dianggarkana dariapda 120 pokok dan dianggarkan 1.5 kg. sebiji.

Potensi Tanaman Sukun

  • Dapat bertindak sebagai pokok pelindung kepada tanaman koko.
  • Boleh dijadikan tanaman biasan kerana rupa pokoknya yang cantik
  • Sukun ditanam sebagai tanaman monokrop

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)