Persediaan Asas Memulakan Ternakan kambing

Saya kategorikan penternak kambing kepada 2, iaitu:

1. Penternak sambilan
2. Penternak komersil

Penternak Sambilan

Sekiranya anda hanya bercadang untuk membela antara 20-30 ekor kambing sahaja, anda dikira penternak sambilan. Penternakan sambilan hanya berbaloi (‘viable’) sekiranya anda tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk binaan kandang, yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda juga harus memastikan yang anda boleh mendapatkan sumber makanan kambing di persekitaran kandang anda dengan percuma dan mampu menguruskan dengan sendiri atau bantuan saudara/kawan-kawan tanpa perlu membayar upah yang tetap (iaitu tiada sebarang komitmen ‘overhead’). Kewujudan padang ragut di persekitaran kandang anda akan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda mendapatkan bekalan makanan (rumput, daun-daun dll). Di samping itu, ternakan anda dapat memakan pelbagai jenis tumbuhan yang berlainan.

Terdapat banyak sumber makanan kambing di kampung yang sememangnya tumbuh secara semulajadi atau meliar seperti rumput ragut, pokok petai belalang dan pokok balik angin. Sekiranya anda tinggal di kawasan ladang sawit, maka anda bertuah kerana daun sawit sangat disukai oleh kambing dan mempunyai khasiat yang tinggi.
Pokok petai belalang yang biasa tumbuh secara liar mempunyai khasiat tinggi dan menjadi makanan kegemaran kambing

Pokok balik angin juga biasanya tumbuh meliar, daunnya juga berkhasiat dan digemari oleh kambing.
Bagi penternak sambilan, adalah dinasihatkan supaya membela baka kambing yang bermutu tinggi seperti Boer gred F4 ke atas atau Jamnapari Peranakan Ettawa dengan menggunakan pejantan tulen (Fullblood). Baka berkualiti tinggi dapat memberi hasil pulangan yang baik kerana anak-anak dapat dijual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh, anak kambing Jamnapari atau Boer tulen berusia 3-4 bulan dapat dijual dengan harga antara RM500 – RM600 seekor, manakala anak kacukan bergred rendah mungkin hanya bernlai sekitar RM200 seekor. Sekiranya anda tidak mempunyai kuantiti, and harus mempunyai kualiti, barulah projek penternakan anda menjadi berbaloi.

Penternak komersil

Sekiranya anda bercadang untuk memulakan penternakan kambing secara komersil, anda semestinya memerlukan tanah yang luas. Ingat! Projek penternakan kambing anda akan hanya ‘viable’ sekiranya anda berjaya mengurangkan kos pemakanan. Rumput merupakan makanan utama kambing, dan anda harus mempunyai sumber rumput Napier di kawasan berdekatan yang mencukupi. Ingat!!!! Kurangkan kebergantungan kepada palet sebagai sumber makanan kambing anda kerana kosnya yang tinggi, dan harganya pula semakin hari semakin melambung.

Kami cadangkan keluasan tanah sekurang-kurangya 3 ekar, tetapi keluasan yang ‘ideal’ adalah sekurang-kurangnya 10 ekar. 1 ekar digunakan untuk binaan kandang, rumah pekerja, stor dsb. 3-4 ekar diperlukan untuk padang ragut. Selebihnya digunakan untuk menanam rumput Napier bagi tujuan dipotong. Sekiranya anda bercadang untuk membuat penternakan komersil berskala besar, dengan bilangan induk ribuan ekor, anda harus mendapatkan tanah dengan keluasan melebihi 30 ekar.

Langkah terawal yang perlu dilakukan, sebelum membina kandang dan membeli baka kambing, adalah menanam rumput Napier Taiwan. Sekiranya tanah sesuai, dengan baja dan tahap kelembapan secukupnya, benih yang baru ditanam akan mengambil masa antara 2-3 bulan untuk tumbuh dan membesar secukupnya sebelum boleh dipotong. Pembajaan dan pengairan adalah sangat mustahak bagi membolehkan rumput tumbuh dengan subur dan membesar dengan pantas.

Setelah itu, anda perlu memastikan padang ragut ditumbuhi pelbagai jenis rumput dan tumbuhan yang sesuai seperti rumput ‘guinea’, dsb.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)